TENGKU ADREAN 1 ✨

1.4K 40 0
                                    

"Bunga, bangun solat subuh lepasni buat nasi lemak tau. Ibu dengan Ayah nak pergi ladang bagi kambing dengan lembu makan. Pukul 10 nanti toreh getah" Panjang lebar Puan Afifah berkata kepada anak daranya Bunga Amanda itu.

"Baik ibu,Bunga bangun.." Bunga segera bangun dari katilnya. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi.

"Yelah,ibu dengan ayah pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap ibu dan ayahnya. Mereka berlalu pergi.

"Waalaikumussalam." Segera ke bilik air untuk mengambil wuduk dan tidak lupa mengambil tuala untuk bersihkan diri.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa ku, ampunkanlah dosa aku dan adik ku. Limpahkanlah rezeki mu ya Allah.. Aamiin."

"Akak! jom buat nasi lemak sama-sama!" Seorang budak lelaki berambut hitam pekat. Memeluk Bunga dari arah belakang.

"Naim,dah bangun eh.." Tersenyum. Menggeletek pinggang adiknya.

"Gelilah akak! Naim nak tolong akak buat nasi lemak,lepastu kita pergi jual dekat Makcik Nora. Jomlah!" Tersenyum manis,alolo comelnya!

"Okay jum!" Segera mencabut telekung yang dipakainya.

Mereka membuat nasi lemak bersama-sama. Jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi, tepat pada masanya mereka keluar dari rumah dan tidak lupa juga untuk mengunci pintu rumahnya.

"Akak lepas kita jual nasi lemak ni. Akak belikan Naim aiskrim boleh?" Matanya berkelip-kelip supaya Bunga mempersetujuinya.

"Ok,tapi aiskrim je tau! nanti ibu marah.." Cuit hidung adiknya.

"Hehe okay! satu je" Melompat-lompat dibuatnya.

Semasa perjalanan ke kedai Makcik Nora. Mereka berdua bertemu dengan kucing yang berwarna putih dan sedikit coklat.

"Akak ada kucinglah!" Naim segera ke sana.

"Comelnya akak! Naim nak!" Menggosok belakang badan kucing tersebut.

"Naim kita nak pergi hantar nasi lemak tu. Lepasni kita ambil ok?" Menggosok belakang badan adiknya dengan lembut.

"Okay Akak! awak duduk sini dulu tau.. nanti saya ambil awak balik!" Tersenyum. Bunga hanya tersenyum dan menggeleng kepalanya melihat karenah adik bongsunya.

Jarak umur mereka hanya 19 tahun sahaja. Walau bagaimanapun Bunga berusaha untuk membuat adiknya yang satu-satunya sentiasa ceria dan bahagia. Sebagai anak perempuan pertama yang satu-satunya. Dialah harapan keluar .

"Terima Kasih, Makcik Nora." Bunga mengambil duit yang diberi oleh Makcik Nora. Tersenyum dan pergi.

"Jom Akak! tak sabar nak makan aiskrim.."Berjalan sambil melompat-lompat ke arah kedai runcit Pak Ahmad yang tidak jauh dari kedai makan Makcik Nora itu.

"Banyaknya kereta.. mahal-mahal pulak tu" Bunga tepersona melihat kereta-kereta yang diparkir disitu.

Rupanya-rupanya cucu Pak Ahmad yang dari Kuala Lumpur balik ke Temerloh, Pahang.

"Seringgit." Bunga segera memberi duit sekeping yang berwarna biru.

"Banyak kereta.." Sapa Bunga.

"Kereta cucu-cucu Pak Mad je tu.. mahal-mahal semua"

"Itulah, takpalah saya balik dulu" Memberi senyuman. Mengalih pandangan dan pergi,secara tidak sengaja menumpah air dibaju salah seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam.

"M-Maaf cik! saya tak sengaja" Gugup Bunga mahu minta maaf walaupun tidak sengaja.

"It's okay.." Tersenyum dan belalu pergi.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt