TENGKU ADREAN 26 ✨

376 8 0
                                    

"Kau nak ajak aku makan malam dengan family kau? Serius?" Soal Han. Matanya bersinar-sinar. Bukan selalu Adrean keluarkan duit.

"Ya."

"Sweetnya kawan baik aku ni! Alolo.." Han memeluk erat tubuh Adrean. Membesar matanya. Comel.

"Jijik. Jangan peluk aku." Adrean menolaknya.

"Ish kau ni!" Han menjeling tajam ke arah Adrean. Tak sweet betul kawan baik aku ni asyik dingin je.

"Aku akan hantar location restoran." Dingin sahaja Adrean berkata. Mukanya tiada perasaan langsung.

"Okay,love you Adrean!" Han terus berlalu pergi dengan jalan terkedek-kedek sambil melompat-lompat gembira.

---------

"Kau nak ajak aku makan malam,Bunga?" Soal Rania. Membulat mata Rania. Selalunya dirinya yang akan mengajak Bunga untuk makan malam di restoran. Dahlah restoran 5 bintang pula tu. Rezeki jangan ditolak.

"Ya, bukan aku belanja. Tapi Adrean itu yang aku ajak kau! First time dia ajak." Kataku dengan semangat. Siapa je tak semangat kalau ada orang nak belanja dia makan?

"Wan ikut ke?" Sambung ku.

"Ha,pergi mana tu? Tak ajak Wan.." Wan tergelak kecil. Terus ke arah ku dan Rania.

"Bunga ajak kita berdua pergi makan malam di restoran 5 bintang." Ujar Rania. Mukanya tiada semangat langsung.

"Serius!? restoran 5 bintang kot. Abang nak ikut!" Kata Wan dengan teruja. Mata bersinar-sinar.

"Macam budak-budak." Rania menggeleng. Aku hanya tergelak kecil.

"Jomlah Rania.." Aku mengoncang tangannya.

"Ya ya,aku pergi. Pukul berapa?" Soal Rania. Aku terus tersenyum lebar mataku bersinar-sinar. Akhirnya!

"9:00 nanti aku kasi location." Rania hanya mengangguk senyap.

••••••

"Sayang,dah siap?" Soal Adrean.

"Bunga dah siap. Jom." Aku mengenakan blouse muslimah putih dan seluar besar berwarna hitam. Aku juga memakai tudung shawl hitam.

"Cantiknya isteri abang ni!" Terus dicium pipi ku berkali-kali.

"Your soul is mine, love." Terkedu aku mendengar. Aku hanya tergelak kecil. Haih.

"Nak bermanja pulak. Dah jom nanti diaorang tunggu kita pula." Aku menjeling tajam ke arahnya. Adrean hanya tergelak kecil. Terus dipimpin tanganku menggenggam lembut tangan ku.

"Bermanja dengan isteri abang je. Siapa je isteri abang? Kalau bukan.."

PAP!

Dicium berkali-kali dahiku dengan lembut. Haih, orang nak pergi makan malam buat perangai betul!

"Heh,Bunga jadi singa baru tau!" Dicubit pipi Adrean. Aku tergelak kecil melihat Adrean yang menggosok pipinya berkali-kali akibat dicubit oleh ku.

"Sayang.." Adrean memuncungkan bibirnya. Aku masih lagi tergelak kecil. Kenapa comel sangat suami aku ni?

"Sayang!" Terjerit-jerit Adrean apabila aku buat-buat pekak.

"Ya, abang. Kenapa terjerit-jerit ni hm?" Aku tergelak kecil.

"Ish, gelaklah lagi. Nanak kawan!" Terus aku dijeling sekilas olehnya. Aku hanya menggaru kepala ku tanpa rasa bersalah.

"Siapa nak kawan dengan abang? Bunga taknak kawan." Aku menjelir lidah. Siapa nak kawan dengan engko?

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now