TENGKU ADREAN 25 ✨

400 6 0
                                    

Aku hanya menunggu Adrean untuk mesej atau call aku. Termenung jauh memikirkan dirinya.

"Assalamualaikum, Sweetheart!" Kedengaran suara yang familiar jadi aku terus keluar dari bilik Naim. Naim pula tidur mati jadi aku keluar dari bilik dan menuruni tangga.

"Abang!" Jerit ku.

Macam drama hindustan pula. Pergi sekejap je dah rindu.

"Sayang.." Terus dipeluk erat tubuh kecil milik ku. Aku tersenyum manis. Rindu pelukannya. Adrean juga turut mencium dahi ku.

"Kenapa pergi rumah mummy tak bagitahu abang? Hm? Risau tau tak sayang." Dicium lembut dahi ku sekali lagi. Aku hanya tergelak kecil melihat mukanya yang buat-buat merajuk.

"Hihi,saja. Nak tahu abang risau ke tak." Aku tergelak kecil. Terungkir senyuman manis dibibirnya. Aku juga turut tersenyum manis.

Kenapalah suami aku comel sangat hari ni!?

"Abang gigit kang baru tahu!" Dicuit hidung ku. Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Hihi,jom. Sekarang mesti lunch kan? Kita makan. Bunga dengan Mummy baru masak tomyam." Kataku. Terus menarik tangannya ke arah dapur.

"Anak Mummy dah sampai?" Soal Puan Syarifah. Terus Adrean bersalaman dengannya. Aku hanya tersenyum lebar.

Andai ibu masih ada. Pasti aku akan bersalam dengannya dan mencium tangannya semasa bersalaman.

Ibu,Bunga sentiasa ada dengan ibu. Bunga takkan lupakan ibu tau. Bunga kuat! Bunga akan bawa menantu ibu untuk berjumpa dengan ibu dan ayah di syurga nanti. Doakan kami berdua masih kekal berjodoh di dunia mahupun syurga.

Aku cuba menahan air mata ku untuk mengalir. Gembira aku melihat seseorang bersalaman dengan ibu bapa mereka. Mereka sangat bertuah kerana masih mempunyai kedua orang tuanya. Aku syukur kerana ada mertua yang baik dan abang ipar,kakak ipar dan adik ipar yang baik. Mereka pernah berkata bahawa aku seperti adik beradik mereka sendiri. Aku terharu.

Dan aku sangat gembira ada suami yang baik seperti Adrean. Soft spoken pula tu. Aku sangat beruntung mempunyai suami sepertinya. Walaupun..

Aku harus di madukan. Aku tetap gembira kerana aku masih bersamanya walau harus berkongsi kasih sayang.

"Jom makan, sweetheart." Dipeluk erat pinggang ku. Kami duduk bersebelahan. Manakala Naim dan Puan Syarifah berada dihadapan kami berdua.

Selepas makan. Aku hanya menonton televisyen bersama Naim dan Puan Syarifah. Teringat pada keluarga sendiri.

Dulu aku selalu mengusik Naim. Manakala ibu dan ayah ku hanya tergelak kecil. Walau keluarga kami kecil tapi bagi ku mereka satu-satunya orang yang paling penting bagi ku. Selepas mereka meninggal,Adrean yang masuk ke dalam dunia ku. Alhamdulillah syukur aku sangat bahagia ada di masa sekarang.

"Sayang?" Adrean yang dari dapur terus duduk disebelah ku sambil membawa kinder bueno white. Tahu-tahu je kita suka coklat ni.

"Nah, sayangkan suka. Abang beli,lepasni kita pergi mall nak?" Soalnya. Aku hanya tersenyum manis. Aku sangat hargai dirinya walau hal yang kecil tetapi dia masih ingat.

"Pergi mall? Buat apa tu.." Aku menyoalnya sambil makan coklat kinder bueno white. Fokus pada televisyen.

"Sayang. Comot tu." Adrean memegang dagu ku. Coklat yang comot dibibirku dilap dengan tangannya. Aku hanya tergelak kecil.

"Gelak pulak. Cium baru tau!" Ugut Adrean sambil ketawa kecil. Dia pun gelak jugak. Cakap dekat orang.

"Cium lah!" Aku menjelir lidah kearahnya. Tergelak kecil melihat Adrean yang memuncungkan bibirnya. Aku menggeleng. Haih.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now