TENGKU ADREAN 23 ✨

369 8 0
                                    

Aku menunggunya di dalam rumah. Ke hulur ke hilir.

"Puan kenapa?" Tegur salah seorang anak buah Adrean.

"Saya risaukan bos awak. Lama sangat ni" Kataku. Risau kalau dia pergi mana-mana dengan perempuan itu.

"Saya boleh hubungi bos" Kata Syar. Aku menggeleng.

"Saya tak nak menyusahkan bos awak." Kataku. Haish!

Pintu dibuka oleh seseorang.

"Assalamualaikum,sayang" Kata Adrean.

Aku tersenyum lebar ke arahnya segera aku kearahnya. Pergerakan ku terhenti apabila melihat sosok seseorang dari arah belakang Adrean. Perempuan.

Terhenti aku seketika. Memandang Syar dan anak buahnya yang menunduk apabila Adrean memasuki ke dalam rumah.

"Sweetheart." Kata Adrean. Tiada senyuman terungkir dibibirku.

"Sweetheart?" Ujar Adrean. Mendekati ku yang masih kaku.

Perempuan tersebut berjalan membelakangi Adrean.

"Sweetheart,okay?" Kata Adrean. Dipandang risau wajahku. Aku hanya mengangguk senyap.

"Abang Rean. Darren sakit tekak tolong ambilkan air untuk Darren" Ujar Darren.

"Saya boleh ambilkan awak air" Kataku.

"Darren nak Abang Rean je.." Kata Darren. Baru sahaja aku mahu tersenyum manis tetapi mendengarnya kata-katanya senyuman ku pudar.

"Takpalah kalau macam tu, Abang tolong ambilkan untuk.. siapa nama awak?" Soalku. Terungkir senyuman manis dibibirku semula. Menahan rasa sakit. Cemburu? Ya, memang jelas aku cemburu.

"Darren. Tapi sebelum tu, kenapa panggil dia abang? Aku yang patut panggil dia abang." Tegas Darren. Terkedu mendengar kata-katanya.

"Maaflah, Saya akan panggil dia pakai nama je. Kan, Adrean?" Aku tersenyum hambar kearahnya. Adrean hanya senyap.

"Abang Rean. Tolong ambilkan Darren air!" Muncung mulutnya.

"Aban- Adrean. Kesian Darren.." Kataku. Adrean hanya mengangguk senyap. Segera ke arah dapur untuk mengambil air .

"P-Puan..?" Soal Aziz. Terus aku menoleh kearahnya.

"Tak apa puan, saya ada. Saya boleh hiburkan puan.." Kata Aziz. Aku hanya tersenyum manis.

"Ikut awaklah.." Haih..

Adrean yang melihat aku bermesra dengan anak buahnya. Semakin naik rasa marahnya.

"Awak semua dah makan kan tadi? Kalau nak tambah lagi makanlah.." Kataku. Tersenyum manis.

"Eh,tak apa puan. Kitaorang dah kenyang" Ujar Syar. Tersenyum lebar. Aku hanya mengangguk senyap.

"Puan nak tahu sesuatu tak?" Kata Aziz. Aku hanya mengangguk senyap.

"Rahsia tau.." Didekatkan telingaku.

"Darren sebenarnya..." Belum sempat dia berkata. Di tengking oleh Adrean.

"Oi,jangan dekat dengan isteri aku! She is mine." Tengking Adrean kepada Aziz. Anak buahnya.

"Aku tahu, dari tadi kau nak ngorat isteri aku!" Sambung Adrean lagi. Cemburu lah tu!

"Adrean cemburu ke?" Aku pula yang sambung. Tergelak kecil.

"Ye,abang cemburu. Sayang tu isteri abang" Kata Adrean. Aku hanya tergelak kecil. Haihh!

"Adrean makanlah,Bunga dah makan" Kataku.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt