TENGKU ADREAN 13 ✨

404 8 2
                                    

Aku meletakkan beberapa buah pinggan dan gelas di atas meja makan. Adrean yang di sebelah ku turut membantu aku untuk menyusun pinggan dan gelas kaca.

"Nah.." Aku memberi kepada Rania.

"Terima Kasih tolong letakkan nasi.." Terungkir senyuman manis.

Aku memberi kepada Wan dan Adrean.

"Nah. Yang Naim punya special..siap ada ayam goreng lagi" Aku tergelak kecil.

"Yey!"

Aku turut tersenyum melihat adikku yang tersenyum lebar. Aku harap senyuman adikku tidak pudar apabila ada kejadian yang tidak diduga lagi..

Aku berterima kasih kepada Adrean,Rania dan adik kesayangan ku Naim. Kerana setelah ibu dan ayah sudah tiada. Hanya mereka sahaja tempat ku untuk sedih,duka,marah dan sebagainya.

Aku berharap suatu hari nanti. Mereka tidak meninggalkan diriku sendirian..

Aku hanya ada mereka sahaja. Aku tidak mahu mereka tinggalkan aku. Aku mahu aku yang tinggalkan mereka kerana aku tahu aku tidak kuat jika mereka tinggalkan aku dahulu sebelum aku meninggalkan mereka.

Tanpa aku sedar. Air mata ku mengalir perlahan-lahan sambil tersenyum manis kearah Naim.

"Bunga..kau ok tak?" Tersentak aku kerana terdengar suara perempuan memanggil ku.

Aku mengelap air mata ku dan kembali tersenyum manis kearah mereka.

"Sayang. Okay? Kalau tak sihat bagitahu.. jangan pendam" Kata Adrean. Muka dengan penuh kerisauan.

"Takpalah. Bunga ok je..Bunga tak pendam pun kalau Bunga ada apa-apa masalah Bunga bagitahu awak ok?"

Dia hanya mengangguk tetapi mukanya tidak berubah sama sekali. Masih risau.

"Lepasni aku bawak kau pergi klinik"

Aku menggeleng kepala.

"No. We need to go." Tegasnya. Aku harus mengikutinya..

"Kita pergi klinik nanti. Lepas makan " Ujar Adrean. Aku hanya turuti sahaja.

Aku melabuhkan punggung dan duduk di atas kerusi. Mencedok lauk patin tempoyak diatas meja.

"Rania. Bunga tak sempat nak bayar yuran sekolah Naim.." Kata ku pada Rania.

"Tak apa. Aku ikhlaskan" Ujarnya.

"Eh. Tak susahkan ke?" Tanya ku.

Dia menggelengkan kepala.

Aku mengangguk senyap. Masih lahap memakan nasi.

Adrean bersama Wan sudah menghabiskan makanan mereka. Tinggal aku, Naim dan Rania sahaja yang masih di meja makan.

Selepas aku makan. Aku bangun dari tempat duduk ku dan segera ke arah dapur.

Aku mencuci bekas pinggan dan gelas kaca yang aku baru sahaja guna tadi.

Aku mencuci tangan. Aku berjalan keluar dari dapur dan menghampiri Adrean yang asyik berbual dengan Wan di ruang tamu.

"Jom. Klinik." Ujarnya. Aku mengangguk senyap sahaja.

Mengikutinya dari arah belakang.

"Naik motor lagi?" Soalku. Dia hanya mengangguk senyap.

Aku mengambil helmet yang ia beri kepadaku. Segera aku pakai.

"Naik motor lagilah. Baru boleh ronda-ronda kl ni kau tak tahu view malam lagi cantik. Lepas pergi klink malam ni aku bawa kau pergi ronda kl" Ujarnya panjang-lebar.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora