TENGKU ADREAN 15 ✨

404 9 1
                                    

"Assalamualaikum.." Pintu diketuk berkali-kali. Aku segera membuka pintu.

"Waalaikumussalam. C-cari siapa ye?" Soalku kepada jejaka yang tinggi dariku. Aku hanya sampai bahunya sahaja.

"Shorty. Ni rumah mak aku. Tepi. Kau pulak siapa?" Soal jejaka itu. Dilanggar bahuku dengan kasar.

"Lewat." Balas Adrean dari arah belakang badan ku.

"Heh. Kau bawak balik perempuan dalam rumah? Mummy tak marah ke.." Soal Jejaka tersebut.

"Jaga mulut. She's my wife." Tegas Adrean dengan suara dinginnya.

"Oh. Dah kahwin..bila?" Tanya jejaka tersebut kepadaku. Memandang ku ke atas bawah.

"Eloklah jugak isteri kau ni. Menutup aurat. Jangan jadi macam Safiyya sudahlah.. dosa je mengalir dengan rambut panjangnya" Tersenyum sinis.

"Jantan tak guna!" Diketuk kepala jejaka itu dari arah belakang.

Terus jejaka tersebut menoleh ke arah belakang badannya.

"Sial adik durhaka!"

"Kau yang mula dulu!"

"Alah. Aku cakap betul. Aku jujur!" Dikejar Safiyya.

"Tak dapat!" Safiyya berlari.

"Adik?" Aku mula bersuara.

"Awak tak kenal ke?" Seorang perempuan bersuara.

Aku menggeleng kepala.

"Aku kenalkan. Dia abang aku. Aqim dan didepan kau ialah isteri kepada Tengku Aqim. Roselle Adyra" Ujarnya kepadaku.

"S-Saya Bunga Amanda. isteri kepada Adrean.." Kataku.

"Saya ada adik ipar barulah ni!" Kata Adyra dengan penuh semangat.

Aku tersenyum manis.

"Hubby masuk dalam dulu." Ujar Aqim kepada Adyra. Dia hanya mengangguk senyap.

Esoknya

Aku menonton televisyen di ruang keluarga. Sambil makan keropok lekor yang diberi oleh seseorang semasa hari perkahwinan mereka.

Terasa seseorang memeluk ku secara tiba-tiba dari arah belakang. Aku segera menoleh.

"A-Awak.." Kataku.

"Hm?"

"Err..d-duduklah" Ujar ku kepadanya. Dia hanya mengikuti sahaja. Segera duduk disamping ku.

Dipeluk erat lengan ku.

"A-Awak.." Aku memegang tangannya supaya menjaga jarak sedikit.

"Tak boleh?" Aku menggeleng kepala.

"Bukan tak boleh cu-"

"No. Aku nak ada disisi kau sepanjang hidup aku." Aku terdiam.

"N-Nanti orang tengok.." Kataku kepadanya.

"Siapa je ada? Yang lain kerja..kita je cuti" Ujarnya kepadaku.

"K-kenapa kita cuti pulak?" Soal bodoh ditanya.

"Sebab kita kahwin." Katanya.

Ya Allah soalan bodoh apakah yang aku tanya!?

"A-Awak nak sesuatu? Bunga boleh masakan.." Ujar ku kepadanya. Aku cuba mengalihkan topik. Dia menggelengkan kepala.

"I just want you." Katanya. Terdiam aku.

Ya Allah! Pagi-pagi dah sweet suami aku ni!

Pipi ku merah menyala. Apa ni!

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now