TENGKU ADREAN 14 ✨

355 11 0
                                    

Woi!

Bangun woi.

Pagi buta dah ni!

Jam tidur sudah berbunyi. Menunjukkan pukul 6:00 pagi.

Aku menghentikan jam loceng tersebut dan segera bangun dari tempat tidur ku.

Aku mengambil tuala dan keluar dari bilik untuk ke bilik air. Bilik air bersebelahan dengan bilik Wan.

Aku berjalan ke arah bilik air. Tanpa sengaja kami berdua bertemu. Wan baru sahaja mahu keluar dari biliknya.

"Err. Lalu lah.." Katanya.

"Eh tak apalah. Wan kan tua pada saya jadi wan masuk dulu lah.." Ujar ku kepadanya.

"Tua sangat ke?" Soalnya kepadaku. Aku menggeleng kepala.

"Tak apalah. Bunga masuk dulu.." Aku hanya mengikuti arahannya. Aku segera masuk ke dalam bilik air.

"Allahuakbar"

Selepas selesai solat subuh. Aku bersiap seketika untuk ke kerja.

Aku melihat ke arah cermin yang besar.

Dilihatkan diriku yang berpakaian kurung berwarna biru dari arwah ibu ku dan tudung bawal bercorak bunga juga dari arwah ibuku.

Aku tersenyum lebar melihat pakaian yang diberi oleh orang yang aku sayang.

"Andai ibu masih hidup.." Ujarku seorang diri.

Aku kembali tersenyum walau air mata sudah mengalir di pipi.

Aku mengelap air mata ku. Melihat lagi ke arah cermin dan tersenyum manis.

"Ibu. Bunga dah pakai baju yang ibu bagi.." Kataku seorang diri.

"Ibu,bunga tak sempat nak bawa menantu ibu. Adrean. Bunga percayakan dia.."

"Bunga akan balas jasa ibu dengan ayah. Terima Kasih melarikan dan menjaga Bunga sampai Bunga dewasa. Nanti Bunga melawat tau Bunga bawa dengan menantu ibu sekali.."

Air mata kembali jatuh.

Senyuman ku masih tidak pudar.

Aku mengelap air mata ku dan segera mengambil totebeg.

Aku turun dari tingkat atas untuk turun ke bawah.

Di dapur dilihat Naim yang sedang makan roti coklat bersama Rania.

Aku turun ke bawah dan disambut oleh Rania.

"Bunga. Makan lepasni kita hantar Naim pergi sekolah pula" Katanya kepadaku. Aku mengangguk senyap.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi dan mengambil roti yang sudah diisi dengan coklatnya. Aku makan bersama dengan Naim. Naim dihadapan ku.

"Kakak. Naim nak jumpa abang Adrean lagi boleh?" Soalnya. Aku mengangguk senyap.

"Boleh Naim. Nanti abang Adrean datang.." Kataku kepadanya.

Naim tersenyum lebar mendengar kata-kata ku.

"Kakak tengok Naim sekarang dah rapat dengan abang Adrean.." Ujar ku kepadanya.

"Mestilah! Abang Adrean baik..Naim suka!" Aku turut tersenyum.

Aku harap senyumannya tidak pudar.

"Dah pukul 6:54 ni. Jom pergi" Tegur Rania. Aku tersenyum lebar dan mengangguk senyap.

"Assalamualaikum kakak!" Kata Naim kepadaku.

"Waalaikumussalam. Belajar rajin-rajin nanti balik abang Adrean yang tolong ambilkan Naim.." Ujarku.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now