TENGKU ADREAN 20 ✨

358 7 0
                                    

SEMINGGU kemudian. Aku yang masih leka membaca berita-berita di dalam telefon ku. Dirampas begitu sahaja oleh seseorang. Terus aku menoleh.

"Awak! Bagi telefon Bunga balik!" Jerit ku. Geram! Makin hari makin suka kacau orang. Apa nak jadi dengan suami.......aku.

"Benda ni lebih penting pada aku?" Soalnya. Aku tersenyum sinis.

"Ya, memang Bunga tak sayang awak pun!" Aku menjelir lidah kearahnya. Terus merampas balik telefon ku itu.

"Oh..."

"Tak apa tak apa.." Sambungnya. Aku hanya mengabaikannya.

"Kena kau!" Terus diangkat aku. Tolong!

"Awak. Turunkan Bunga! Mummy!!!"

"Aku nak bagitahu kau sesuatu." Katanya.

"Apa?" Soalku. Terasa sedikit teruja ingin tahu apa yang mahu dikatakan oleh Adrean. Tetapi hatiku terasa tidak sedap. Apa maknanya??

Adakah dia mahu berkata sesuatu yang tidak aku jangkakan atau bagaimana? Aku sedang bermain dengan perbagai soalan-soalan dalam fikiran ku sekarang ini.

Diturunkan aku semula di sofa semula. Dia juga duduk disamping ku. Memeluk erat pinggang ku. Aku terus memandangnya.

"Awak nak cakap apa?" Soalku dengan lembut. Nampak bahawa dia begitu berat ingin memberi tahu sesuatu. Aku jadi tertanya-tanya apa yang mahu dia memberi tahu kepadaku.

"Sebelum abang bagitahu. Sweetheart,boleh panggil aku abang? Aku nak kau panggil aku abang, sweetheart." Ujarnya kepadaku. Aku seperti heran dengan kata-katanya apa yang sebenarnya dia mahu memberitahu? Jujur atau tipu?

"Bo-Boleh, A-Abang.." Gugup. Kerana ini kali pertama aku memanggilnya. Tetapi dalam masa yang sama aku juga turut tersenyum lebar.

"Jadi abang nak bagitahu apa. Dengan Bunga?" Sambungku.

"Kalau abang bagitahu,sayang tak marahkan?"

Tak marah?

Aku hanya menggeleng. Dia mengeluh kecil. Lega.

"Abang.." Diam.

"Abang?"

"Abang kena kahwin dengan Darren. Sepupu abang." Katanya.

Kata-katanya membuat aku terdiam. Kenapa harus ada ujian ini ya allah? Kenapa?

Kenapa aku yang harus diuji sebegini..

Aku mengeluh kecil. Masih bisa tersenyum walaupun hambar.

"Bila?" Soalku. Tiada senyuman dibibirnya. Muka seperti bersalah kerana memberitahu perkara ini kepadanya.

Bagi ku. Aku lebih suka seseorang jujur daripada pendam. Kenapa? Kerana aku tidak suka seseorang itu pendam ataupun menipu. Jujur, aku sangat kecewa dengan apa yang Adrean memberi. Tapi mahu bagaimana? Aku tetap harus kuat.

Aku kembali tersenyum palsu di depannya. Aku menahan air mata untuk keluar.

"Sweetheart,tak marah abang?" Aku menggeleng. Marah,benci,kecewa,sedih,duka? semua ada sekarang. Tetapi aku tetap pendam. Biarlah aku pendam seorang diri..

Mengadu? Hanya aku mengadu padan Allah. Dia satu-satuNya yang selalu bersama ku selain Adrean.

Mungkin Allah tahu aku kuat. Sebab itu Allah menguji ku. Aku hanya menerima ujian-Nya.

Aku harus kuat depan Adrean. Mungkin semua orang sudah tahu tentang ini. Itu kerana aku selalu di tanya khabar baik mahupun tidak.

Jadi sekarang aku faham. Kenapa mereka bertanya khabar kepadaku. Mungkin mereka tahu aku kuat dan aku juga berterima kasih kerana mereka selalu bersama ku.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now