TENGKU ADREAN 27 ✨

364 7 0
                                    

"Maaflah kitaorang lambat." Tenang aku berkata. Terus aku duduk disebelah Rania. Rania menjeling tajam ke arah ku. Pasti dia malas datang kesini kerana aku dan Wan memaksanya.

Adrean pula duduk di sampingku dengan mukanya yang tidak berperasaan.

"Kenapalah lambat sangat? Orang dah tunggu. Ni mesti Adrean yang lambat." Han bersuara. Aku tergelak kecil dan menggeleng.

"Tak payah gaduh. Kita datang nak makan." Rania pula membuka suara. Kami hanya diam.

"Eh,kau tak ada Luthfi?" Soal Han. Adrean hanya mengangguk senyap dengan mukanya yang tidak berperasaan.

"Asal kau tak ajak?" Soal Han lagi. Adrean hanya mengeluh kecil.

"Dia ada hal."

"Khayla? Kau tak ajak?"

"Girlfriend orang. Bang-" Belum sempat Adrean berkata. Sudah dicubit pehanya.

"Aduh, sakit sayang." Adrean membuat muka sedih. Terus memeluk lengan ku. Muka ku merah tanda marah.

"Siapa ajar abang mencarut? Nak Bunga jadi singa?" Tegas suara ku.

"Huaaaa,sayang dah tak sayang abang huaaaa." Menangis teresak-esak Adrean. Ya Allah, kenapa suami aku makin manja ni!

"Itulah,kau. Mencarut sangat." Han ketawa kecil melihat Adrean yang dicubit oleh ku. Dia juga cemburu melihat Adrean yang begitu manja bersama ku walaupun di public.

"Abang. Orang tengok ni." Tegas aku bersuara.

"Sayang tak suka orang tengok? Sayang tak nak bagi orang kata yang kita dah kahwin. Macam tu?" Tangisan Adrean pudar. Terus menjeling tajam ke arah ku. Aku menggeleng perlahan dan mengeluh kecil.

"Bukan macam tu. Orang tengok, public ni,abang." Aku menjeling tajam ke arahnya. Adrean masih memeluk erat lengan ku.

"Makan. Makanan dah sampai. Meluat aku tengok dua orang ni." Han menjeling tajam ke arah aku dan Adrean. Pantang tengok orang sweet ni.

Rania juga turut tergelak kecil mendengar kata-kata Han. Han terus melihatnya dengan mata bersinar-sinar.

"Wah,awak first time gelak depan saya. Crush aku gelak!" Han tersenyum bangga. Eleh, crush je pun. Rania yang melihat Han seperti budak-budak terus dia menggeleng dan sambung makan.

"Terima Kasih awak,sebab gelak walaupun benda tu saya sebenarnya tak ada niat nak buat lawak. Kenapa awak gelak sebenarnya?" Bersinar-sinar mata Han menunggu jawapan dari Rania. Rania menjeling sekilas ke arahnya.

"Kenapa nak tahu sangat?" Soal Rania. Dingin. Kenapalah mamat ni suka kacau hidup aku ek?

"Nak sangat-sangat awak. Bagitahulah.." Han masih menunggu jawapan dengan senyuman lebar seperti momo!

"Sebab kau,comel." Rania terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu bertentangan dengan mata Han.

"Awak.."

"Saya comel? Akhirnya!" Gembira betul mamat ni. Ambiklah siapa yang nak ni.

"Eleh,orang puji je pun." Wan tergelak kecil.

"Aku ni? Siapa yang nak puji aku?" Sambung Wan. Jelingan tajam diberi kepada Han.

Han dan Rania tergelak kecil.

"Jodoh kau." Serentak Han dan Rania berkata. Terus mereka berpandangan satu sama lain.

"Ada yang dating senyap-senyap ni.." Kataku. Tergelak kecil Wan.

Sambil-sambil melihat drama tanpa bayar sambil menyuap makanan ke mulut Adrean.

Mereka berdua tersentak.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now