TENGKU ADREAN 29 ✨

424 9 1
                                    

"Maksu!" Ke hulur hilir Adrean mencari kelibat maksunya. Dengan muka merahnya.

"Maksu. Mana maksu?" Terjerit-jerit Adrean memanggil Puan Dahlia.

"Kamu kenapa Adrean?" Tegur Puan Syarifah. Risau tengok anaknya.

"Maksu mana?" Soal Adrean. Geram.

"Apalah panggil aku?" Puan Dahlia terus ke arah Adrean.

Adrean melihat kearah Puan Dahlia dengan muka merahnya. Baran dia makin meninggi.

"Maksu kenapa sakitkan hati isteri Rean!?" Jerkah Adrean. Puan Dahlia masih membuat muka selamba sahaja seperti tiada masalah apa-apapun.

"Jawab maksu!" Jerkah Adrean lagi.

"Adrean! Jangan kurang ajar dengan maksu kamu!" Puan Syarifah terus ke arah anaknya tetapi ditepis kasar.

"Mummy diam. Rean tengah bercakap dengan maksu."

"Adrean.."

"Maksu nak apa sebenarnya? Maksu jangan sampai saya tak hormat maksu sebagai mak saudara Rean." Tegas Adrean.

"Kau dah pandai tinggikan suara. Bunga ajar kau?" Santai Puan Dahlia menyoal.

PANG!

Satu tamparan dimuka Puan Dahlia. Merah. Ada kesan pada mukanya.

"Maksu jangan sebut nama isteri Rean. Dia tak ada kaitan langsung!" Tegas Adrean. Berlalu pergi.

"Ya Allah,Adrean!" Jerit Puan Syarifah. Menghalang Adrean untuk pergi.

"Kenapa kurang ajar sangat dengan maksu kamu!" Tegas Puan Syarifah. Nadanya marah.

"Mummy. Kenapa dia nak sebut nama isteri Rean,Bunga tak ada kaitan langsung mummy!"

"Dia yang tak hormat Rean. Kalau Rean kurang ajar sebab Bunga. Darren kurang ajar sebab.."

PANG!

Satu tamparan dimuka Adrean. Belum sempat Adrean berkata mukanya sudah merah kesan ditampar oleh Puan Syarifah. Terus dipegang pipinya merahnya.

"Kalau arwah daddy tahu kamu macam ni. Arwah daddy kecewa!" Terkedu Adrean. Terus ditepis tangan Puan Syarifah dan berlalu pergi.

Darren yang mahu ke arah ibunya terserempak dengan Adrean.

"Abang Rean kenapa?"

"Kenapa pipi merah. Darren boleh sapukan ubat." Lembut Darren berkata. Ingin memegang tangan Adrean kerana hendak melihat kesan tamparan oleh Puan Syarifah tetapi ditepis oleh Adrean.

"Tak payah. Aku boleh buat sendiri." Adrean berlalu pergi. Menaiki lift ke tingkat atas. Darren hanya memandangnya dari kejauhan.

"Ibu.." Darren melihat ibunya yang masih merah muka.

"Ibu kenapa?" Soal Darren. Risau tengok ibunya. Bukan selalu..

"Adrean tulah,kurang ajar sangat. Dia boleh lempang ibu!?"

"Budak tu dari kecil tak diajar adab ke?" Tegas Puan Dahlia. Geram betul dengan perangai si Adrean tu.

PANG!

"Kau jangan kata yang aku tak didik dia dari kecil. Anak aku,aku tahu dia macam mana!" Tegas Puan Syarifah. Merenung tajam anak mata Puan Dahlia.

"Kau tak ajar anak kau!?"

"Kau yang tak ajar. Aku tak tahulah macam mana adik aku boleh kahwin dengan orang macam kau!" Jerkah Puan Syarifah. Berlalu pergi.

Puan Dahlia menggigit bibir. Tidak puas hati dengan kata-kata Puan Syarifah. Wajahnya ditampar kiri kanan. Adrean kanan Puan Syarifah kiri. Merah pula tu!

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora