TENGKU ADREAN 18 ✨

317 8 0
                                    

Darren yang melihat beberapa helaian kertas tersebut. Berasa sakit..

Kenapa sakit?

Kerana orang yang sudah lama dia cinta. Tetapi hakikatnya...?

Berkahwin dengan orang lain juga. Apa nasibnya?

"Abang Rean memang tak nampak ke Darren selamani suka abang Adrean!?" Rasa tidak puas hati. Apa kekurangannya sampaikan Adrean memilih perempuan lain daripadanya. Sempurna sangat ke perempuan itu?

Telefon yang berada di depannya segera diambil. Terus mencari nama yang terlintas dalam fikirannya sekarang. Adrean. Siapa lagi kalau bukan dia.

Tak sampai seminit. Panggilannya di angkat.

"Darren. Kenapa call abang ni?" Soal Adrean.

"A-abang memang betul ke dah kahwin?" Soal Darren. Masih tidak puas hati.

"Ye. Abang dah kahwin. Kenapa?" Soal Adrean kepada Darren.

"Abang tahukan."

"Tahu?"

"Yang..Darren."

Bila berkata begitu. Baru dia teringat sesuatu. Ya! Kembali ke masa lalu..

FLASHBACK

5 Tahun lepas. Darren berumur 16 manakala Adrean 23 tahun.

"Moga Abang Rean accept!" Kata Darren. Terasa sedikit berdebar dan teruja.

Terus Darren mencari kelibat Adrean. Sampailah ia jumpa Adrean yang berbual dengan paklong.

"Abang Rean!" Panggil Darren dari jauh. Adrean yang mendengar seseorang memanggil namanya. Terus menoleh.

Tanpa kata-kata. Terus dia ke arah Darren.

"Ye Darren. Darren nak cakap apa?" Soal Adrean. Darren terasa malu.

"Ermm..."

"Darren dah lama suka Abang Rean! sejak kecil lagi."

Ya, Darren sudah memendam rasa kepada Adrean sejak kecil lagi.

"Maaf. Tapi Abang..."

Darren menunggu jawapannya. Maaf? Sudah pasti Darren di reject.

"Reject."

Kata hati benar.

"T-Tapi kenapa?" Soal Darren. Kecewa dengan jawapan yang diberi oleh Adrean.

"Sebab. Abang anggap Darren macam adik abang. Lagipun Darren kan sama umur dengan Safiyya" Kata Adrean. Tersenyum tipis. Rasa serbesalah tetapi mahu bagaimana lagi.

"Sepupukan boleh kahwin. Abang Rean tak nak kahwin dengan Darren ke?" Sesi memujuk? Hancur.

"I'm sorry. Darren tak boleh paksa Abang. Lagipun, abang akan pastikan Darren akan jumpa lelaki yang lebih baik dari abang dan dia lebih sempurna dari abang" Adrean hanya tersenyum manis dan berlalu pergi.

Darren yang sudah tidak melihat kelibat Adrean. Terasa sedih. Sia-sia sahaja pendam bertahun-tahun.

END FLASHBACK

"Yang Darren masih sukakan abang?" Ya. Jawapan itu yang Darren mahukan dari mulutnya.

"Ya. Darren masih sukakan Abang. Susah sangat ke nak terima Darren?" Soalku. Kenapa harus memilih perempuan itu daripada diriku.

"Darren dah ada Aakif kan?" Soalnya kepada Darren. Jantan gila itu? Kenapa harus dia?

"Darren dah tak ada hubungan dengan dia!" Tegas Darren.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now