TENGKU ADREAN 11 ✨

395 8 1
                                    

AKU yang masih leka menyalinkan jadual waktu di atas meja. Tiba-tiba telefon ku berdering menandakan seseorang sedang menelefon ku.

Tanpa basa basi aku mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Bunga,ibu dengan ayah nak cakap sesuatu. Nanti sampai rumah tau" Kata Puan Afifah.

"Waalaikumussalam,kenapa ibu dengan ayah baru bagitahu?" Kataku,bukan menyusahkan pun..

"Tak apa,kamu di kerjakan?" Kata Ibuku.

"Ya,Bunga masih di kerja.. tak ada orang di rumah ibu. Naim dekat kedai ni.." Kataku.

"Kamu tak ada simpan kunci apa-apa?" Kata ibu.

"Ada,bawah lap kaki tu. Bukaklah, nanti tunggu kitaorang balik.." Kataku,masih leka membuat kerja diatas meja.

"Okay, baiklah.." Kata ibuku, segera menutup panggilan tersebut.

Aku masih leka membuat kerja ku.

Semasa aku membuat kerja ku Vivi memanggil aku untuk ke luar.

Aku segera ke sana tanpa kata-kata.

"Ye,ke-" Semasa aku menoleh ke sana. Aku melihat Adrean yang sedang memandang ku. Tiada sedikit pun senyuman manis yang terselit dibibirnya.

Aku menariknya ke tempat yang tiada orang. Untuk berbincang lebih baik daripada berbincang di kafe. Orang ramai dan tidak boleh fokus..

Semasa kami berhenti tempat yang sunyi sepi itu. Kami berdua memandang satu sama lain.

Aku melepaskan tangannya yang berlapik.

"A-Awak nak apa?" Kataku terlebih dahulu.

"Kau kena selamatkan mak ayah kau." Katanya,aku masih keliru.

Aku masih tidak faham apa yang ia katakan dariku. Adakah ini sebuah tipuan? Supaya dia dapat menikahi diriku? Begitu..?

"A-apa maksud awak Adrean?" Kataku,masih tidak faham apa yang dia katakan. Banyak pertanyaan yang keluar dari minda ku.

"Aku serius Bunga. Ibu bapa kau dalam bahaya!" Tengkingnya. Aku masih lagi tidak percaya dengan tipuannya.

"A-Awak jangan tipu saya.." Kataku.

Dia mendengus kuat dan menarik ku ke dalam keretanya. Aku kaku,tidak tahu mahu berbuat bagaimana.

Aku hanya bisa bersuara.

"Awak Jangan tipu saya Adrean!" Jeritku.

"Aku tak tipu kau Bunga Amanda!" Tengkingnya aku hanya bisa menangis.

Air mata ku keluar perlahan-lahan.

Adrean hanya fokus pada pemanduannya dengan sangat laju. Tidak kira apa jua pun yang berada di depannya. Semuanya ia langgar! HAHAHAHA

Semasa sampai di rumah ku. Pintu pagar terbuka luas. Kami turun dari kereta. Aku tidak percaya kerana bukan sahaja pintu pagar tidak ditutup tetapi pintu rumah juga.

Aku berjalan terlebih dahulu daripada Adrean dan ada beberapa anggotanya yang turut sampai di rumah ku.

Semasa aku masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Aku tercium baunya yang sangat busuk seperti...

Darah.

Semasa aku berjalan ke arah dapur. Aku hampir pengsan melihat sosok wanita tua dan juga sosok tubuh lelaki tua.

Itu ialah..

Encik Amin dan Puan Afifah.

Aku terduduk. Menangis teresak-esak aku cuba memanggil ibuku dan ayahku.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt