TENGKU ADREAN 24 ✨

351 8 0
                                    

"Sweetheart. Good morning." Adrean membuka matanya dengan separuh mamai.

"Sweetheart?" Menoleh kanan kiri mencari kelibat isterinya. Mana pulak isteri aku hilang ni?

Terus dia bangun dari tempat tidurnya keluar bilik mencari kelibat isterinya. Cari punya cari tak jumpa.

"Mana isteri aku ni.." Terus dia ke tingkat atas semula untuk mandi. Terdetik untuk ke arah meja solek isterinya.

"Note?"

Abang,Maaf Bunga tak bagitahu abang. Bunga pergi rumah mummy dah lama kita tak pergi. Bunga belum masak apa-apa untuk pagi ni. Maaf abang, nanti Bunga masakan untuk abang sesuatu.

Adrean hanya mengeluh kecil.

"Kenapalah tak bagitahu abang? Risau tahu tak" Adrean mengomel seorang diri. Geram.

-----

"Akak!" Terus Naim berlari ke arah ku dengan wajahnya yang begitu ceria. Comel!

"Ya,Naim." Lembut aku bersuara. Sudah lama tidak berjumpa dengan adik kesayangan ku. Makin lama makin hensem pula! mesti ramai peminat. Hahaha.

"Akak dah lama tak tengok Naim! Naim dah besar tau!" Ujarnya. Muncung mulut Naim. Aku hanya tergelak kecil lalu menggeleng kepala. haih! ada-ada saja.

"Ya? Naim dah besar? Wah, mesti nenek ajarkan?" Kataku. Tersenyum manis lalu mencium dahi Naim. Naim tersenyum kecil.

"Ya,nenek ajar!" Ujarnya dengan begitu ceria.

"Bunga, Naim jom makan. Mummy ada buat nasi goreng cina." Puan Syarifah yang dari arah dapur. Terus ke arah meja makan. Aku dan Naim ke arahnya menolong untuk menyusun dan menuang air ke dalam gelas.

"Siapa je ada dalam rumah ni?" Aku bersuara dahulu. Memandang lembut Puan Syarifah yang larit menyusun pinggan.

"Mummy dengan Naim je. Safiyya baru keluar dengan kawan-kawannya. Aqim dengan isterinya baru balik semalam." Kata Puan Syarifah dengan ramah. Aku hanya mengangguk senyap.

"Adrean tak ada bagitahu pula Aqim dengan isterinya balik semalam."

"Ya? Tak apalah, nanti mummy marah dia." Puan Syarifah membuat lakonan seperti ingin memarah anaknya Adrean. Aku pula hanya tergelak kecil begitu juga dengan Naim.

"Bunga,dah Adrean macam mana?" Soal Puan Syarifah tiba-tiba. Aku tidak buat sarapan pagi untuknya. Jam juga sudah pukul 10:20 pagi mesti Adrean sudah ada dikerjanya. Tapi dia hairan kenapa Adrean tidak call tanya khabar tentang dirinya. Jadi aku berfikir positif bahawa mungkin dia sibuk dan tak ada masa untuk call tanya khabar tentang aku. Nanti petang juga aku pulang ke rumah.

"Bunga?" Aku yang terperanjat apabila Puan Syarifah memanggil ku dari tadi. Terus aku tersenyum hambar.

"Y-Ya?" Jawabku. Masih mamai lagi. Kenapalah aku mamai sangat ni Ya Allah.

"Bunga sayang. Adrean macam mana?" Lembut Puan Syarifah berkata. Aku hanya tersenyum manis. Syukur ada mertua yang baik seperti ibu Adrean.

"Adrean? Bunga tak bagitahu dia lagi. Nak bunga call ke?" Soalku. Risau kalau jadi apa-apa. Terus aku mencapai telefon ku.

"Ikut kamulah Bunga."

Aku hanya mengangguk senyap.

"Assalamualaikum, Abang?"

"Cik Bunga?" Suara seorang perempuan yang aku dengar. Tak salah dengarkan?

"Ya,saya. Awak siapa ya? Mana Adrean?" Soalku. Hairan. Kenapa yang angkat orang lain?

"Kenapa tu Bunga?" Soal Puan Syarifah yang melihat ku seperti gelisah. Dahi berkerut.

"Tak ada apa-apalah. Nanti Bunga bagitahu." Kataku. Terus mencari tempat yang sunyi untuk bercakap dengan perempuan dalam talian tersebut.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now