TENGKU ADREAN 22 ✨

360 7 1
                                    

Aku dan Safiyya selesai memasak Spaghetti Carbonara kesukaan Adrean. Aku tidak sabar untuk menelefonnya.

Aku mengambil iPhone 13 pro max milik ku. Mendail nombor telefon Adrean.

Tetapi panggilan tidak diangkat. Senyuman ku pudar. Beberapa kali aku cuba tetapi masih gagal.

Aku mencari anak buahnya. Aku nampak Syar keseorangan yang masih berdiri di tempat yang sama. Aku mendekatinya.

"Syar, Adrean mana?" Soalku. Ingin tahu cemas kerana ini kali pertama dia tidak mengangkat panggilan ku.

"Bos?"

Alat pendengar ditelinga Syar. Adrean bersuara.

"Ya,bos" Kata Syar. Aku masih menunggu apa yang dikatakan oleh Adrean walaupun aku tidak dengar. Masih setia menunggunya.

"Semua dah setel. Isteri aku mana?" Soal Adrean kepada Syar.

"Isteri bos depan saya ni ha. Dia call bos tapi bos tak angkat" Ujar Syar.

"Fon aku habis bateri." Kata Adrean

"Fon bos habis bateri." Ujar Syar kepada ku. Aku hanya mengangguk senyap. Fuhh lega!

"Cakap dekat dia. Saya dah buatkan makanan yang dia nak. Datanglah"

"Abang datanglah." Sambungku. Syar hanya mengangguk senyap.

"Makanan bos dah siap. Datanglah sayang.." Syar hanya tergelak kecil.

"Makan penampar kau! Ye,aku datang sekarang!" Tegas Adrean. Syar hanya tergelak kecil begitu juga dengan aku. Baru aku tahu Syar suka menyakat orang.

Adrean mematikan panggilan tersebut.

Aku menolong Safiyya meletakkan pinggan di atas meja.

"Abang balik tak?" Soal Safiyya. Aku hanya mengangguk senyap.

"Haah, dia balik. Tadi Syar call agaknya" Kata ku. Safiyya mengangguk melihat kearah Syar yang bercakap dengan kawannya. Tersenyum kecil Safiyya.

Syar sudah perasan Safiyya melihatnya. Tersenyum lebar.

"Lepas makan ni Safiyya nak pergi jalan-jalan,akak nak ikut?" Soal Safiyya.

"Tak apalah,Adrean mesti sibuk. Akak nak ajak Adrean kalau boleh tapi akak rasa dia sibuk. Lain kali jela" Ujarku. Safiyya hanya mengangguk senyap.

--------

"Abang Rean!" Jerit Darren. Segera ke arah Adrean. Memeluk lengan Adrean.

"Kau nak apa?" Ditepis lengan Darren. Senyuman Darren pudar.

"Ish! Darren nak sweet dengan Abang Rean tak boleh ke?" Soal Darren. Memuncungkan bibirnya.

"Belum halal, Darren." Adrean masih berlembut. Ditahannya,memang dia nak tampar minah minang ni!

"Lepas ni kita halal lah. Kan? Darren tak sabar nak kahwin dengan Abang Rean!" Tersenyum lebar Darren. Tidak sabar menunggu hari yang bahagia baginya.

"Ikut kau lah." Tiada senyuman pun dibibirnya. Tiada langsung.

Darren memandangnya keliru. Selalunya pasti ada senyuman manis yang terungkir dibibir Adrean. Tetapi hari ini tiada. Apa salahnya?

"Abang Rean kenapa?" Soa Darren. Hairan. Sudah lama gadia itu tidak lihat senyuman manis Adrean.

"Kenapa apa?" Soal Adrean. Terangkat keningnya.

"Abang Rean selalu senyum dengan Darren. Tapi kali ni Abang Rean tak senyum pun!" Darren menjeling tajam ke arah Adrean.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now