TENGKU ADREAN 12 ✨

376 7 0
                                    

Bunga yang termenung di kafe kerana melihat seorang Pakcik dan anaknya yang sedang minum kopi bersama. Aku hanya tersenyum dan tanpa ku sedari air mata ku mengalir perlahan-lahan.

"Bunga okay tak?" Seseorang menegur ku. Aku tersentap. Aku mengelap air mata ku segera.

"O-okay je." Kataku, sambil tersenyum manis.

"Bunga kalau ada apa-apa bagitahu saya tau. Risau.."

Aku hanya mengangguk senyap.

"Saya risau tengok awak lepas arwah ayah dengan mak awak meninggal. Awak selalu termenung.." Kataya, aku hanya memandangnya dengan wajah yang kosong.

"Bila saya tengok diaorang dua. Saya teringat arwah ayah saya.." Kataku, tiada senyuman manis dibibir ku.

Dia memandang ke arah Pakcik dan anaknya itu. Dia hanya mengangguk senyap tanda faham.

"Saya faham. Awak kuat Bunga" Katanya,aku tersenyum manis.

"Terima Kasih." Kataku,dia tersenyum dan pergi.

Telefon berdering. Nama terpapar di skrin telefon milik Bunga tersebut. Adrean.

Aku segera mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, sayang" Katanya. Aku tersenyum lebar.

Pipiku begitu merah! Ingin saja aku berguling-guling di atas lantai kerana terlalu malu!

"Awak.. kenapa awak call Bunga? ada apa-apa ke ni?" Kataku, gelak kecil Adrean diberi kepada ku.

"Naim balik pukul berapa?"

"Sekarang jam 12:34 Dia balik pukul 12:45" Kataku

"Okay, saya datang kafe tau.." Katanya

"Okay.." Aku menuntup panggilan tersebut.

Aku hanya termenung di luar sambil menunggu Adrean.

Adrean sampai. Jadi aku terus ke arahnya.

"Kita tunggu waktu Naim balik dahulu." Aku hanya mengangguk senyap.

"Bunga nak ikut awak.. lepastu Bunga nak beli barang dapur" Aku tersenyum manis.

~~~~~~

Waktu sudah berlalu. Jam menunjukkan pukul 12 45. Jadi kami segera keluar dari kafe tersebut.

"Err motor?" Tegur ku.

"Ye motor. Kenapa?" Soalnya. Aku menggelengkan kepala.

"Cakap. Pelik ke kita naik motor? Takut orang pandang pelik?" Soalnya. Terus aku mengangguk laju.

"Err kita naik grab tak boleh ke?" Soalku.

"Bazirkan duit je. Naik motor laju apa" Aku hanya mengangguk senyap.

"Dah jom naik. Pegang baju aku" Aku mengangguk senyap dan segera naik ke atas motor.

Semasa perjalanan ke sekolah Naim. Aku hanya senyap dan memandang Adrean dari arah belakang badannya dan tersenyum seorang diri.

Haih apalah!

"Apa tengok-tengok. Ingat orang tak nampak?" Tegur Adrean.

Alamak! kantoi kita tengok dia senyap-senyap..

"Err Bunga tengok je.." Malu dibuatnya..

"Sampai dah. Turun" Katanya. Aku hanya senyap dan turun.

"Jom. Saya rasa Naim masih dekat dalam.. selalunya lah" Dia hanya mengangguk. Aku turut berjalan ke hadapan.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam eh Cik Bunga.."

"Cikgu Mawar sihat?" Kataku. Dia tersenyum manis kearah ku.

TENGKU ADREAN [HIS OBSESSION] ©️ Where stories live. Discover now